Sweet Girl
ENTRY ABOUT LINKIES STUFF
Bab 2
Monday, January 23, 2012 . 2 word(s) .
“Aku terima nikahnya Tengku Anisa Aleeya Arissa binti Tengku Harris dengan mas kahwinnya 1001 ringgit tunai “dengan sekali lafaz sahaja maka termakbul la doa mama aku nak tengok aku kahwin.
        “Wah,akhirnya hati keras budak nie dapat dicairkan dengan ke kacak kan seorang lelaki”kata Najwa dengan gembira.
“Eh kau nie,macam kau pulak yang kahwin? Tolong la , aku sikit pun tak hadap muka dia yang kacak tue okay. Papa aku lagi kacak la tapi takkan nak kahwin dengan papa aku pulakkan?”kata ku lalu ketawa.
Nak tahu perasaan aku sekarang nie?Sedih+Happy. Wah,bagusnya sebab aku still happy kan? Sedih sebab aku masih muda lagi! Muda-muda dah kena jadi isteri orang , Happy sebab perkahwinan aku akan diadakan sekali lagi sebab aku nak anak-anak aku yang kecil dan comel tue yang jadi pengapit aku nanti . Buat apa nak orang laen kan? Baru la sweet gitu . Lagi pun aku nak masa tue aku kahwin dengan orang yang aku suka+cinta .
             “Anis?! Boleh lagi berangan?Kamu tue dah kahwin tau.Nanti kalau memasak jangan berangan pulak! Tak pasal nanti rumah terbakar !”Kata mama memberi nasihat.
“Reti ke Anis nie memasak ma? Tak pernah Ezrie tengok dia pegang sudip,yang dia tahu pergi dapur tengok je”Kata Ezrie menyampuk.
        “Eh,tolong sikit okay! Orang reti masak tau! Masak air yang berkhasiat lagi , kalau tak dek Anis , macam mana la orang lain nak minum air?!”kataku sambil mecebik.
“Sudah-sudah , jangan nak bergaduh lagi. Kamu berdua nie macam anjing dengan kucing dah papa tengok. Sekarang nie,apa kata  kita bagi laluan dekat orang yang sedang malam pertama okay?”kata papa sambil tersenyum.Semua yang berada di ruang tamu pada masa itu turut tersenyum sumbing .
 ‘Realitinya, aku tengah takut sekarang nie! Muka pun dah naik pucat semacam je.Ya Allah, tolong la hamba yang masih belum bersedia lagi ni’ kataku didalam hati.
Habis aku kena halau dengan mama papa aku sendiri tadi. Suruh cepat-cepat naik atas.Suami tunggu la, suami tak sabar la,suami bla…bla…bla la.Haih, naik menyampah aku! Randy nie pun satu ! bukan reti nak turun bawah , tak pasal orang fikir kau tue tengah tak sabar . Abang aku lagi hebat pukul 9 dah cakap pukul 12 malam,amacam hebat  tak?
    “Asal muka kau pucat semacam je nie? Kau takut eh?”kata Randy mengusik.
“Mana ada! Yang kau tue !bukan reti nak turun ! semua orang ingat kau tak ready lagi tau?”kata ku marah.
     “Bagusla macam tue , maknanya semua orang dah fikir yang kita nie pasangan bahagia. Lagipun, aku tak kisah kalau kau nak buat jugak malam nie sebab lelaki boleh je buat dengan orang yang dia tak suka tau?”kata Randy mendekati. Fuhlamak, jangan dekat sangat doe! Jantung aku macam nak terkeluar dah nie. Dengan secepatnya aku menolak Randy jauh daripada aku.
“Tolong la! Itu lelaki okay bukannya perempuan.Malam nie kau tidur kat atas sofa tue,aku nak tidur atas katil”kataku lalu menolaknya jatuh dari katil dan menyelimutkan diriku sendiri.
        “No way, kau la yang tidur dekat atas sofa tue! Mana adil kau tidur kat tempat yang sedap aku tak?”kata Randy marah
“Ikut kau la! Cuba la jadi seorang lelaki yang gentlemen sikit. Ini tidak, macam perempuan lagi ada la”kataku endah tak endah.
          “Tak pe, nampaknya tidur atas katil la aku malam ni”
“Asal pulak?pergi la tidur atas sofa tue!”
           “Aku tak gentlemen!so  biar la aku tidur atas katil .Lagipun katil nie untuk dua orang!”
“Tak nak ! better kau tidur kat sofa tue sebelum aku tolak kau jatuh !”
             “Tolak la kalau berani?”
Mamat ni betul-betul menaikkan angin aku ! Ingat aku tak berani la tu, siap kau!
     “Woi! Apa nie main tolak-tolak?”
“Kau yang suruh aku buat je la,kau ingat aku tak berani ke?”
Eh,senyap je?kuat sangat ke aku tolak? Takkan boleh injured teruk kot?asal mamat nie tak naik-naik pulak? Kenapa terbaring pulak nie? Nasib la putih kalau tak harapan la nak Nampak muka dia.Randy?
             “Hahaha, Kan dah jatuh sekali. Macam mana ? rasa takut tak?” kata Randy sambil tersenyum.Mata kami berdua saling bertatapan untuk beberapa saat.
“Aduh kau nie! Bukan takut tapi sakit ! Sudah la , kalau kau nak tidur dekat atas katil jugak , tidur la biar aku je yang tidur dekat atas sofa”kata ku mengeluh.Mengantuk punya pasal.
       “Tak pe la kau je la yang tidur atas katil,biar aku tidur atas sofa okay?”kata Randy sambil tersenyum.
Baik la pulak.Maybe dia dah ngantuk kot?Kesian la pulak,apa jenis isteri la aku nie? Patutnya aku yang beralah , ish apa la Anis nie?
     “Mama!masak apa nie?”kataku dari belakang.
“Kamu nie la! Buat mama terkejut je, cuba bagi salam ke apa ke? Lain kali kamu yang kena masak semua ni tau bukan mama dah.Lagi satu,cepat kamu keluar dah ‘mandi’ dah?”kata mama lalu ditekan kan perkataan mandi disitu.
      “Ish mama nie! Orang dah mandi la, tak de la wangi macam ni”kataku lagi.
“Mama,sayang, tengah buat apa tue? Sayang masak ke? Macam sedap je?”kata Randy sambil menarik kerusi untuk duduk.Apa dah buang tabiat ke Randy nie?baru semalam gaduh dengan aku , hari ni baik pulak?
      “Mesranya kamu berdua , cemburu pulak tengok.Randy,Anis , asal ada lebam dekat dahi kamu berdua?”kata mama risau.
“Ala biasa la mama, ‘ganas’ sangat la nie sebab tue jadi macam tue”kata Ezrie lalu ketawa.
       “Abang nie la! Memandai je, bukan ada pengalaman pun”kata ku menyampah.
“Papa, Randy ingat nak tangguhkan la honeymoon tue sebab Randy ada kelas untuk graduasi”
        “Tak pe la kalau macam tu, Anis pun boleh la pergi enjoy dengan kawan-kawan dia sebelum masuk kolej nanti”
“Kalau macam tue , Randy ingat nak bawak Anis keluar hari ni?”
       “Nak pergi mana pulak?Kau ….eh silap ….erm , kata sibuk semalam?”
“Anis guna kau aku lagi ke?Anis tak baik tau buat macam tu,berdosa dengan suami nanti”
       “Tak pe la ma, tak biasa lagi la tu.Abang ingat nak bawak sayang keluar beli barang sikit”
“Kalau macam tu Anis nak pergi siap dulu okay”kataku lalu berlari anak nak ke atas.
Daripada reaksi muka Randy , aku dah dapat agak yang sebenarnya dia nak cakap sesuatu la tu dan bukannya nak pergi beli barang.
Tepat jam 3 petang aku dan Randy berada di Taman yang agak jauh daripada rumah kami.Pasarraya pun dah jauh Nampak sangat yang dia nak cakap sesuatu.
      “Aku rasa aku kena bagi tahu kau bendani jugak”
“Aku dah agakla, cepat la aku tak sabar nak dengar ni”
        “Aku still tak dapat nak cintakan kau lagi sebab aku dah jatuh hati dekat orang lain dan kitaorang dah rancang nak kahwin dah pun sebenarnya tapi bila aku bagi tahu dekat perempuan tue yang aku dipaksa berkahwin dengan kau , dia terus tak contact aku dan lastly dia tak nak jadi perosak rumah tangga orang . Dia jugak ada mintak aku menyintai kau seadanya tapi aku tak boleh lakukan dalam masa yang terdekat sebab tu jugak aku panggil kau sayang dan aku perlukan beberapa bulan untuk jatuh hati dekat kau “kata Randy pasrah.
“Aku faham sangat perasaan kau tu.Aku dah pernah hadapi pun.Aku tak kisah kalau kau tak suka aku sampai bila-bila pun . Cuma satu je yang aku mintak? Boleh tak kau berjanji tak akan sakit kan hati aku sepanjang perkahwinan ini?”kataku meminta.
        “Janji! Tapi satu je aku nak kau tukar. Kalau kau geli nak panggil abang pun ,apa kata kalau kau tukar kau aku tue dengan saya awak?okay?”
“Okay la tue,saya tak akan cakap kau aku dah dengan awak”kataku sambil tersenyum.
         “Saya tak akan lepaskan awak selagi kita masih berjodoh”kata Randy lalu memeluku.Wah!hebat la aku macam ni! Orang ramai dah mula tengok,ouh sweet aku rasa hebat sekarang nie.
“Anis?”




Older Post . Newer Post



My Love is a Stapler - HTT